![Image from: [VIDEO] Anwar jadi hero Tamil sempena Deepavali](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/ANWAR-DEEPAVALI-1024x538.jpeg)
PETALING JAYA – Kemunculan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah video sempena Deepavali mencuri perhatian ramai.
Penampilan Anwar dapat dilihat dalam video yang dikongsi pencipta kandungan, Thedavidshere hari ini.
Lebih mencuit hati, Anwar dilihat seolah-olah sedang berlakon di dalam filem aksi tamil apabila muncul dan memberi nasihat agar orang ramai pulang ke rumah keluarga bagi menyambut perayaan Deepavali.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna berkongsi perasaan teruja melihat kemunculan Anwar di dalam video tersebut.
“Ini iklan Deepavali terbaik selepas iklan Petronas nenek kat Bangsar dengan Muthusamy Karupiah @ Sam dan kawan dia Muniandy Chinnadorai,” kata Flywengs.
“Iklan deepavali paling epik setakat ni. Dia punya collab (kolaborasi) di luar kotak betul. Rezeki betul thambi ni. Happy Deepavali bro,” kata Peter.
“Fuyooo bukan biasa-biasa level dia ni. Collab dengan PMX terus,” kata Nani. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Anwar jadi hero Tamil sempena Deepavali appeared first on Kosmo Online.

![[VIDEO] Tak buang plastik, terus goreng dalam minyak panas](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/minyak-makanan-1024x684.jpeg)




![[VIDEO] Mood Deepavali, tong gas pun kena sental](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/DEEPAVALI-TONG-GAS-1024x688.jpeg)