Keluar Cecair Hitam, Jalan Di UK ‘Cair’ Akibat Suhu Cecah 54°C

Entertainment
23 Jul 2022 • 11:04 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa jalan raya di United Kingdom (UK) dilaporkan menjadi cair akibat suhu panas melampau dan perkara ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna yang menggunakannya setiap hari.

Memetik laporan Mirror UK, Jalan Broadstones di Stockport, Greater Manchester telah bertukar menjadi seperti cecair hitam likat yang melekit dan kelihatan basah seperti selepas hujan dipercayai kerana bahan tar dan asphalt cair gara-gara heatwave yang melanda negara itu.

image is not available

Seorang penduduk berkata kepada sumber, kenderaan yang melalui jalan itu kedengaran seperti sedang meluncur di atas jalan berair. Mereka juga memberi gambaran bahawa kaki mereka mungkin boleh tenggelam sekiranya memijak permukaan jalan yang lembut akibat cuaca yang terlampau panas itu.

image is not available

Jalan raya yang terdedah di bawah pancaran matahari boleh menjadi panas sehingga 50 darjah Celcius dan pada suhu ini permukaan jalan mula mencair.

Hal ini kerana permukaan jalan menyerap dan mengumpulkan haba pada waktu siang, apabila suhu melambung, pihak berkuasa tempatan terpaksa memotong sebahagian lapisan tar untuk memberi ruang jalan ‘mencair’.

image is not available

Walaupun keadaan jalan raya UK mencair, setakat ini tiada kemalangan yang melibatkan kenderaan mahupun pejalan kaki dilaporkan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.