Keluar Liga Malaysia? Ini kenyataan terkini Selangor

LocalFootball
12 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Keluar Liga Malaysia? Ini kenyataan terkini Selangor

'Tak pernah terlintas fikiran'

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menafikan spekulasi kononnya skuad Gergasi Merah mahu menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) itu menyifatkan dakwaan yang tular itu hanyalah khabar angin semata-mata malah menegaskan Selangor kekal komited untuk terus bersaing dalam kempen domestik meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Kecoh di media sosial dengan pelbagai desas-desus, namun Shahril ketika ditemui di Majlis Pelancaran dan Undian Liga Juara-Juara FAS hari ini menegaskan tiada sebarang perbincangan mahupun perancangan di peringkat pengurusan untuk Selangor meninggalkan saingan Liga Malaysia.

Baginya, sebarang keputusan sebesar itu tidak boleh dilihat secara semberono kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang, bukan hanya kepada kelab malah turut melibatkan pemain, penyokong, penaja serta kancah bola sepak negara.

 

 

 

 

Mengulas lanjut, Shahril berharap semua pihak dapat menangani setiap isu dengan lebih berhemah tanpa mengeruhkan keadaan sekali gus tumpuan dapat terus diberikan kepada usaha memajukan saingan bola sepak tempatan.

"Saya boleh katakan tidak terlintas untuk keluar, banyak implikasi dia, jadi kita perlu menjadi matang.

"Jangan buat kenyataan yang boleh mencacat celanya industri bola sepak ini." katanya.

Shahril turut memaklumkan, tindakan Selangor mengemukakan laporan bertulis rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak bertujuan menimbulkan kontroversi, sebaliknya hanya menuntut keadilan berhubung isu yang berbangkit.

"Itu proses dan prosedur, jadi kami sudah menghantar dan tunggu keputusan dari FAM dan MFL." tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved