“Lebih pentingkan nyawa orang awam dari diri sendiri” – Netizen Tabik Hormat Keberanian Anggota Polis Dit*tak

12 Nov 2026 • 11:01 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 68

Insiden tragis membabitkan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun yang putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak di Desa Amanpuri, Kepong semalam terus mengundang gelombang simpati, rasa sebak, dan penghargaan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam kejadian cemas sekitar jam 7 malam itu, mangsa yang bertugas di Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sedang menjalankan tugas bersama pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menerima laporan mengenai seorang lelaki warga asing yang disyaki mengamuk di sebuah pangsapuri.

Artikel berkaitan: Hanya Kerana Hon, Lelaki Didakwa T*tak Penunggang Motosikal Di Shah Alam

Artikel berkaitan: Wanita 70 Tahun Jadi Mangsa B*nuh, Kepala Cedera Dipercayai Dit*tak

Sebaik pintu kediaman dibuka, suspek secara tiba-tiba meluru keluar dengan bersenjatakan dua bilah parang lalu menyerang pasukan penyelamat di hadapan pintu, mengakibatkan mangsa putus pergelangan tangan kanan serta cedera di kepala dan badan ketika cuba mempertahankan diri.

 

View on Threads

 

Suspek yang cuba melarikan diri bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang selepas polis terpaksa melepaskan tembakan mempertahankan diri apabila lelaki itu sekali lagi menyerang anggota dengan parang berhampiran sebuah taman permainan.

Sementara itu, anggota polis terbabit dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini sedang menjalani pembedahan penyambungan semula tangan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Di media sosial, khususnya di platform Threads, ribuan netizen tampil meluahkan rasa terharu atas keberanian dan pengorbanan anggota keselamatan tersebut yang tetap mengutamakan keselamatan orang ramai walaupun nyawanya sendiri berada di hujung tanduk.

cats 5

Menerusi tinjauan di ruangan komen, ramai pengguna menyedari bahawa anggota terbabit sebenarnya mempunyai ruang untuk melepaskan tembakan lebih awal bagi mempertahankan diri semasa serangan pertama, namun memilih untuk menahan diri demi mengelakkan risiko berlakunya peluru sesat yang boleh mengancam nyawa orang awam serta petugas penyelamat lain di kawasan sempit itu.

Selain memuji profesionalisme beliau, ruangan komen turut dibanjiri dengan pesanan agar orang awam sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan tidak berkumpul terlalu dekat di lokasi kejadian berbahaya.

Pada masa yang sama, ramai yang tersentuh dengan sisi kemanusiaan serta pengorbanan ahli keluarga anggota beruniform yang terpaksa berdepan risiko tinggi setiap hari.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved