Keluar penjara, 22 wanita terima ‘modal’ bina hidup baharu

16 Aug 2026 • 2:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Keluar penjara, 22 wanita terima ‘modal’ bina hidup baharu

PETALING JAYA – Seramai 22 prospek bekas penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu menerima Kit Mekar Dinamik @ Wanita Bangkit Bersasar (WBB) sebagai persediaan membina sumber pendapatan dan memulakan kehidupan lebih berdikari selepas kembali ke komuniti.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata program yang dilaksanakan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia itu memberi peluang kedua kepada prospek wanita untuk membina semula kehidupan selepas dibebaskan.

Menurut beliau, setiap wanita berhak diberikan peluang untuk membina semula kehidupan dengan sokongan yang mampu membantu mereka berdikari.

“Melalui Mekar Dinamik, kita bukan sekadar memberikan bantuan, tetapi menyediakan kemahiran, sokongan dan peralatan yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan apabila mereka kembali ke dalam masyarakat.

“Kita mahu mereka keluar dengan keyakinan bahawa mereka mempunyai kemahiran dan peluang untuk berdikari. Sebab itu sokongan yang diberikan perlu membawa mereka daripada proses pemulihan kepada pemerkasaan dan akhirnya mampu menjana pendapatan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN itu berkata, bagi tempoh 2024 hingga 2026, seramai 3,584 penerima manfaat direkodkan menerusi pelaksanaan Program Mekar Dinamik @ WBB dan aktiviti berkaitan yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Keluar penjara, 22 wanita terima ‘modal’ bina hidup baharu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved