Keluar Secara Haram? JIM Siasat, 19 Individu Dikaitkan Dengan Network School Masih Gagal Dikesan

LocalPolitics
21 Jul 2026 • 5:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan seramai 19 individu yang dikaitkan dengan aktiviti Network School di Forest City, Johor masih gagal dikesan, sekali gus mencetuskan siasatan lanjut bagi menentukan status keberadaan mereka.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada kesemua individu terbabit masih berada di dalam negara atau telah keluar secara tidak sah.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati seramai 430 individu dikenal pasti mempunyai kaitan dengan aktiviti Network School, dengan 210 daripadanya masih berada di Malaysia, manakala 201 lagi direkodkan telah meninggalkan negara.

“Kita ada 19 orang yang tidak dapat dikesan pergerakannya. Mungkin mereka keluar secara tidak sah ataupun mereka juga masuk secara tidak sah.
“Itu yang kita kenal pasti dan kita akan buat siasatan lanjut. Kita akan kesan sama ada mereka ini masih berada di dalam negara ataupun mereka sudah keluar,”katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Imigresen Ke-104, di sini, hari ini.

Image from: Keluar Secara Haram? JIM Siasat, 19 Individu Dikaitkan Dengan Network School Masih Gagal Dikesan

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, JIM sentiasa bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain, kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu berkenaan.

Artikel lain: Network School Tangguh Pelaburan Di Malaysia, Pengasas Mohon Jaminan Kerajaan

Katanya, setakat ini JIM telah menjalankan dua pemeriksaan imigresen di lokasi Network School, namun tidak menemui sebarang bukti seperti yang didakwa.

“Kita sudah membuat pemeriksaan terhadap 379 warga asing yang berada di Network School itu dan sehingga kini dua kali pemeriksaan yang kita laksanakan, kita tidak menjumpai apa yang didakwa sebagaimana yang didakwa,”jelas beliau.

Image from: Keluar Secara Haram? JIM Siasat, 19 Individu Dikaitkan Dengan Network School Masih Gagal Dikesan

Isu operasi Network School di Forest City menjadi perhatian selepas kerajaan Johor menyuarakan kebimbangan terhadap dakwaan terdapat warga Israel menyertai program berkenaan menggunakan pasport negara kedua.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi program itu.

Kontroversi berkenaan tercetus susulan dakwaan di media sosial yang mendakwa projek tersebut menarik penyertaan usahawan asing, termasuk warga Israel yang memasuki Malaysia menggunakan pasport negara kedua.

Sumber: Harian Metro (Mohd Iskandar Ibrahim)

The post Keluar Secara Haram? JIM Siasat, 19 Individu Dikaitkan Dengan Network School Masih Gagal Dikesan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved