Keluarga 55 rakyat Malaysia di Nepal mahu moratorium pinjaman

LocalPersonal Finance
26 Sep 2026 • 8:10 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Keluarga 55 rakyat Malaysia di Nepal mahu moratorium pinjaman

PETALING JAYA: Keluarga 55 rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi banjir Nepal meminta agar belas ihsan institusi kewangan agar dapat memberikan moratorium pinjaman sehingga status mereka disahkan.

Waris kepada rakyat Malaysia, V. Krishnan iaitu M. Subramaniam, 38, berkata, permintaan itu bagi membantu keluarga meneruskan kehidupan sementara menunggu kepastian berkaitan nasib mangsa.

“Kami kini dalam ketidakpastian. Selain beban emosi menunggu perkhabaran nasib mereka, kami juga berdepan tekanan kewangan untuk menanggung komitmen bulanan dan sara hidup harian.

“Oleh itu, kami amat berharap bank atau institusi kewangan dapat mempertimbangkan kelulusan moratorium khas sementara proses pencarian dan pengesahan status rasmi selesai,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, media melaporkan 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi oleh ahli keluarga susulan banjir besar di Rasuwa, Nepal.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata, pihak keluarga turut meminta sedikit bantuan kewangan bagi meneruskan kehidupan harian serta mempercepatkan proses padanan ujian asid deoksiribonukleik jenazah (DNA) dan keputusan supaya surat kematian dapat diperoleh seawal mungkin jika mangsa sudah tiada.

“Ujian DNA tersebut dapat membantu keluarga mendapatkan kepastian terhadap nasib mangsa selepas penantian yang sudah lama berlarutan.

“Kami masih menunggu dengan harapan akan ada berita baik atau paling buruk, sekiranya padanan DNA membuktikan mereka sudah tiada supaya keluarga mendapat kepastian,” katanya.

Dalam pada itu, Subramaniam berkata, keluarganya kini masih menunggu maklum balas daripada Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Kathmandu dan Kedutaan Malaysia di Beijing mengenai perkembangan terkini nasib mangsa.

Katanya, Wisma Putra hanya meminta ahli keluarga hadir ke Putrajaya pada Ahad ini bagi mendapatkan perkembangan selanjutnya berhubung perkara berkenaan.

“Pihak mangsa berharap pertemuan itu dapat memberikan perkembangan terbaharu berkenaan 55 rakyat Malaysia berkenaan yang masih belum ditemukan di Nepal.

“Difahamka lima bahagian akan hadir dalam pertemuan itu iaitu bahagian perundangan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kebajikan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya.-UTUSAN

The post Keluarga 55 rakyat Malaysia di Nepal mahu moratorium pinjaman appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved