Keluarga Bahagia, Video Song Joongki Bawa Isteri & Anak Lelaki Bersiar-Siar Raih Perhatian

EntertainmentMusic
21 Dec 2023 • 12:30 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sukanya tengok kehidupan bahagia Song Joong-ki bersama keluarga kecilnya sekarang!

Terbaru pada 20 Disember, seorang peminat telah berkongsi beberapa foto dan video Song Joong-ki dan isterinya Katy Louise Saunders, yang dilihat sedang membawa anak lelaki mereka berjalan-jalan di Rom, Itali.

Menerusi video yang dikongsi, keluarga itu kelihatan tenang meluangkan waktu bersama sambil pelakon “Vincenzo” itu membantu isterinya menolak kereta sorong bayi.

Menurut pemilik video itu, Song Joong-ki juga ingin memberikan pelukan mesra kepada isterinya namun agak teragak-agak kerana dia sedang berada di tempat awam.

Dalam pada itu, ramai yang semakin ingin tahu tentang wajah anak sulung pelakon popular tersebut memandangkan Song Joong-ki masih belum pernah berkongsi sebarang gambar anaknya secara terbuka.

Mesti comel punya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.