
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Boleh dikatakan rata-rata pelancong mahupun warga asing yang datang berkunjung ke Malaysia akan jatuh cinta dengan negara ini.
Antara perkara yang membuatkan mereka jatuh cinta adalah suasana, makanan, pemandangan dan banyak lagi.
Malah ada juga yang mengambil keputusan untuk menetap di negara ini kerana sukakan suasananya sehingga berasa selesa.
Keluarga Indonesia kongsi sebab kenapa suka tinggal di Malaysia
Sebuah keluarga dipercayai dari Indonesia turut tidak ketinggalan berkongsi di TikTok mengapa mereka gemar tinggal di Malaysia.
Menerusi koleksi gambar yang dikongsikan oleh Cerita Imbu, dia memaklumkan antara sebab mengapa dia dan keluarga suka tinggal di Malaysia adalah kerana bahasa yang hampir sama.
Jelasnya meskipun pada awal terdapat banyak salah faham disebabkan slanga di beberapa kawasan yang berbeza serta ada pelbagai perkataan yang sama tetapi mempunyai maksud yang berlainan.
Namun mereka akhirnya dapat menguasai dan memahami bahasa digunakan di negara ini kerana bahasa yang hampir sama.
“Fun fact (fakta menarik), rakyat Malaysia banyak yang faham bahasa kita (Indonesia). Tapi kita banyak tak faham bahasa sini. Bahkan banyak yang tahu bahasa-bahasa perbualan Indonesia macam ‘kamu nanyeak?’ katanya.
Fasiliti mudah untuk solat antara sebab jatuh cinta dengan Malaysia
Kata Imbu, selain itu perkara yang membuatkan dia jatuh cinta adalah tempat ibadah dan juga tandas sangat mudah dijumpai di mana-mana seperti restoran, pusat beli-belah, kawasan rehat dan rawat (R&R) termasuklah taman rekreasi.
“Mahu heran (pelik) tapi di Malaysia, memang fasiliti awamnya Top! (bagus),” ujarnya.
Bukan hanya itu, dia juga menyifatkan tidak kira di mana sekali pun kawasan tempat tinggal akses untuk mendapatkan makanan protein adalah sangat mudah.
“Aku tinggal di kawasan yang jauh dari laut, tapi kalau nak masak makanan laut tu tak pernah susah.
“Pergi pasar semua boleh dapat. Malah pergi pasaraya pun boleh dapat lauk protein pelbagai jenis.”
Suka tengok pakaian yang dipakai oleh rakyat Malaysia, simple, kemas dan cantik
Tambah Imbu dia juga suka melihat pakaian yang digayakan oleh orang Malaysia untuk sesuatu acara kerana ia begitu simple, kemas dan cantik di mana ramai yang memakai baju Melayu dan baju Kurung.
Ujarnya dia juga jarang melihat rakyat Malaysia berpakaian pelik malah tudung yang digayakan juga kemas serta lawa.
Bukan hanya itu dia juga merasakan Malaysia negara yang sentiasa memberikan penghargaan khususnya di sekolah kerana selain meraikan perayaan, pencapaian turut dihargai.
Apa yang lebih meriah jika di Malaysia juga sering meraikan perayaan dengan bunga api yang membuatkan suasana malam lebih seronok untuk menyambutnya.
Kualiti udara lebih baik walaupun cuaca berubah-ubah
Imbu juga menyifatkan kualiti udara di negara ini lebih baik kerana jarang melihat kenderaan yang mempunyai asap hitam meskipun perubahan cuacanya sedikit ekstrim.
“Kotanya indah, kampungnya indah. Entah kenapa sejauh aku memandang setiap perjalanan ke kota atau kampung di di Malaysia semua itu indah. Rapi, tak ada asap kenderaan, jarang ada wayar yang menghalang pemandangan jalan, bersih dan sedap mata memandang,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, Imbu menjelaskan itu hanyalah pendapat peribadinya sahaja. Namun bagi penduduk tempatan atau warga asing yang lain mungkin mempunyai perspektif berbeza bergantung dengan pengalaman mereka.
Melihat di ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman rakan mereka yang juga warga asing dan suka tinggal di Malaysia.
Tidak kurang juga ada rakyat tempatan yang mengatakan mereka tidak akan pernah dapat menjumpai negara seperti Malaysia di tempat lain.
“Nikmat apa yang kamu dustakan, betul. Sebagai Malaysian saya rasa saya tak akan jumpa Malaysia dekat mana-mana. Dulu saya harap boleh belajar di luar negara tapi bukan rezeki nak ke luar negara kerana saya sayangkan Malaysia sangat walaupun ada masa panas betul dan hujan sentiasa”

“Rasa bersyukur jadi rakyat Malaysia”

“Betul banyak acara di sekolah tapi kebanyakan tak kutip bayaran”



![Tular Lelaki Buka Kedai Tomyam Di India Selepas Pulang Dari Malaysia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![“KO Before The Bell” – Tular Pak Guard Ajak Bergaduh, Sekali Tumbang Makan Penumbuk [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/sports.jpeg)