Keluarga Makin Bertambah! Eyra Hazali Umum Kehamilan Anak Keempat

22 Nov 2026 • 9:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Keluarga Makin Bertambah! Eyra Hazali Umum Kehamilan Anak Keempat

Pelakon, Eyra Hazali dan suaminya yang juga pemain bola sepak, Haziq Nadzli berkongsi berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi.Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Eyra atau nama lengkapnya, Hazirah Qasdina Hazali menerusi satu hantaran di Threads."Surprise," tulisnya ringkas.Dalam video yang dimuat naik, Haziq dilihat menarik perhatian tiga cahaya mata lelaki mereka sebelum menunjukkan imej imbasan bayi serta alat ujian kehamilan sebagai tanda bakal menerima ahli keluarga baharu.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan agar urusan kehamilan Eyra dipermudahkan.Untuk rekod, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Hud Ezqandar.View on Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved