Keluarga Malaysia kena rompak di Itali, 11 bagasi lesap

29 Oct 2026 • 12:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Keluarga Malaysia kena rompak di Itali, 11 bagasi lesap

PETALING JAYA – Malang menimpa sebuah keluarga Malaysia ketika berada di Itali apabila kesemua 11 beg bagasi mereka didakwa dicuri dari dalam kereta ketika mereka berhenti untuk makan di Pisa.

Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @njlaimn, yang meluahkan rasa sedih selepas rakannya bersama keluarga menjadi mangsa kecurian berkenaan ketika dalam perjalanan dari Pisa ke Milan.

Lebih membimbangkan, keluarga berkenaan mendakwa berjaya mengesan lokasi iPad yang hilang dan berada di kawasan yang dipercayai sebuah kem gypsy.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarga berkenaan, selain meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan yang didakwa tidak berfungsi seperti diharapkan.

Kejadian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang berkongsi pengalaman serta mengingatkan pelancong supaya tidak meninggalkan bagasi di dalam kenderaan tanpa pengawasan.

“Nasihat saya, bergerak terus dari hotel atau penginapan ke lapangan terbang tanpa berhenti di tempat lain yang tidak perlu. Jangan sesekali tinggalkan bagasi tanpa pengawasan dalam kereta yang diparkir, walaupun berkunci,” katanya.

“Kalau pergi Eropah, elakkanlah menggunakan beg berjenama seperti Rimowa dan meninggalkannya dalam kereta di kawasan awam. Memang berisiko menjadi sasaran pencuri,” komen faryhayakob.

“Biar beg macam itu dalam kereta memang meminta dirompak di Itali. Kena usaha juga untuk hantar bagasi ke penginapan, kemudian barulah keluar berjalan,” tulis fakamal pula.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan dan berharap segala urusan mereka dipermudahkan serta mereka dapat pulang dengan selamat.

“Beratnya ujian. Moga Allah permudahkan semuanya,” komen yang lain. – KOSMO! ONLINE

The post Keluarga Malaysia kena rompak di Itali, 11 bagasi lesap appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved