Keluarga mangsa tuntut tindakan tegas terhadap pemandu treler

15 Jun 2026 • 3:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Keluarga mangsa tuntut tindakan tegas terhadap pemandu treler
Jamlus mengusung jenazah salah seorang ahli keluarga yang maut dalam nahas di Unit Forensik HOSHAS di sini pada Isnin.
Image from: Keluarga mangsa tuntut tindakan tegas terhadap pemandu treler
Van jenazah membawa kesemua mangsa dibawa keluar dari unit forensik Hoshas untuk disembahyangkan seterusnya dikebumikan.
Image from: Keluarga mangsa tuntut tindakan tegas terhadap pemandu treler
Jenazah salah sorang daripada mangsa di bawa masuk ke dalam van untuk disolatkan

TEMERLOH — Keluarga mangsa nahas empat beranak di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK), Bentong, berharap tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pemandu lori yang didapati positif dadah.

Abang kepada Allahyarham Rozita Buang, Jamlus, 69, berkata pemandu terbabit tidak wajar dibiarkan terus berada di jalan raya kerana perbuatannya bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah mampu mengundang bahaya kepada orang lain.

**media[3551858]**

“Dalam laporan polis pagi tadi, pemandu didapati positif dadah. Jadi pihak keluarga berharap tindakan sekeras-kerasnya dapat diambil berikutan kejadian ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di sini pada Isnin.

Empat termasuk bayi maut, kereta dinaiki dihempap treler terbalik

Pada Ahad, empat beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap treler dalam kejadian itu yang mengorbankan A Halim Hasoon, 55; isterinya, Rozita Buang, 58; anak perempuan mereka, Norbahyah A Haim, 26; serta cucu perempuan, Nayla Afya Aizat, 1.

**media[3551859]**

Mengulas mengenai tindakan undang-undang termasuk saman, Jamlus memaklumkan perkara itu masih dalam perbincangan bersama ahli keluarga lain.

“Saya sedang uruskan dengan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). Insya-Allah setakat ini sahaja yang boleh saya maklumkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu treler berkenaan telah direman selama empat hari sehingga 18 Jun bagi membantu siasatan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved