
Kemalangan Babit Lori Kontena Di Simpang Renggam-Machap, Semua Lorong Arah Utara Terhalang
Semua lorong arah Utara dari Simpang Renggam ke Machap dilaporkan telah terhalang akibat kemalangan melibatkan beberapa kenderaan termasuk lori kontena dilaporkan berlaku di Kilometer (69.5) arah Selatan.
Menurut hantaran @plustrafik, insiden terbabit menyebabkan kesesakan trafik sejauh 4 kilometer sehingga menyebabkan kesemua lorong terhalang.
Kemas kini dari @plustrafik, sebahagian lorong kanan boleh dilalui oleh kenderaan ringan sahaja, manakala aliran trafik masih mengalami kesesakan sepanjang 8.4 kilometer.
Justeru, pengguna lebuh raya disarankan mematuhi arahan pengawal atau papan tanda trafik di lokasi.
Orang ramai yang menggunakan PLUS boleh mendapatkan info trafik melalui aplikasi PLUS atau laman X @plustrafik untuk merancang perjalanan masing-masing.
https://x.com/plustrafik/status/1857217407045239239
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sekiranya ada mangsa yang maut dan punca kemalangan tersebut.
Dalam pada itu, beberapa video dipercayai melibatkan kemalangan tersebut turut menjadi tular di media sosial selepas dikongsikan oleh warga maya.
Sumber: @plustrafik via X
The post Kemalangan Babit Lori Kontena Di Simpang Renggam-Machap, Semua Lorong Arah Utara Terhalang appeared first on Siakap Keli.


