
Kemalangan Berantai Libatkan Puluhan Kenderaan Di Jakarta
Sebuah kemalangan besar yang melibatkan puluhan kenderaan telah berlaku di Kilometer 92 Lebuhraya Cipularang, Jawa Barat, Indonesia, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius menuju Jakarta.
Kejadian yang tular dalam rakaman video menunjukkan beberapa kenderaan rosak teruk, dengan ada yang bertindih dan terbalik di atas jalan raya.
https://x.com/eradotid/status/1855910192401309727?s=46
Menurut laporan media tempatan, kemalangan ini dipercayai berpunca daripada sebuah lori yang membawa muatan kotak kadbod mengalami kegagalan brek, lalu melanggar beberapa kenderaan yang berhenti di hadapannya.
“Brek lori gagal berfungsi kerana muatannya yang berat sehingga melanggar kenderaan di hadapan, menyebabkan beberapa siri pelanggaran dengan kenderaan lain,” kata Pesuruhjaya Polis Jules Abrahan Abast, Ketua Perhubungan Masyarakat Polda Jawa Barat.
Akibat kemalangan tersebut, laluan ke Jakarta terhalang sepenuhnya, sementara dua lorong di arah bertentangan dibuka untuk membantu melancarkan aliran trafik.
Dalam perkembangan lain, media tempatan turut melaporkan bahawa kejadian ini berlaku ketika hujan lebat, yang mungkin turut menyumbang kepada insiden tersebut.
Pihak berkuasa telah menghantar ambulans, trak tunda dan pasukan penyelamat ke lokasi untuk membantu menguruskan trafik serta memulihkan keadaan di kawasan kejadian.
Setakat ini, jumlah sebenar kenderaan dan mangsa yang terlibat masih dalam siasatan polis.
Sumber: ERA.id, Jakarta Globe
The post Kemalangan Berantai Libatkan Puluhan Kenderaan Di Jakarta appeared first on Siakap Keli.


![Ini 3 Perkara Yang Boleh Terjadi Jika Kerap Cas Telefon Dalam Kereta [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/technology.jpeg)

