
KOTA BHARU – Jenazah dua beranak yang maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 38.5, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Tasik Banding, Gerik di Perak semalam selamat dikebumikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kubur Dusun, Sering, di sini sebentar tadi.
Seramai 100 ahli keluarga dan penduduk hadir pada upacara pengebumian Allahyarham Tuan Shazrin Tuan Mud, 40, dan anak perempuannya, Safiyya Haura Mohamad Sanuzi, 3, yang selesai kira-kira pukul 9.30 malam.
Biras kepada arwah Tuan Shazrin, Roslah Mat, 40, berkata dia tidak sempat melihat jenazah kerana sampai lewat di tanah perkuburan.
Katanya dia yang mewakili pihak keluarga berterima kasih kepada semua pihak termasuk penduduk kampung yang menguruskan pengebumian arwah. – KOSMO! ONLINE
The post Kemalangan Gerik: Jenazah dua beranak disemadi dalam satu kubur appeared first on Kosmo Online.





