Kastam jumpa wang RM7 juta dalam bagasi

WorldBusiness & Finance
6 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kastam jumpa wang RM7 juta dalam bagasi

BANGKOK  – Kastam Thai menahan dua penumpang warga asing di  Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dekat Bangkok selepas menemukan wang tunai AS$1.7 juta (RM7 juta)  disembunyikan di dalam bagasi mereka, lapor saluran berita Thaiger semalam.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Ekniti Nitithanprapas mengarahkan kastam memperketatkan pemeriksaan ke atas mata wang asing dan baht yang dibawa masuk serta keluar dari Thailand bagi mencegah pengubahan wang haram merentasi sempadan.

Berikutan arahan tersebut, pegawai dan anggota  kastam di Lapangan Terbang Suvarnabhumi melakukan saringan lebih ketat terhadap penumpang. 

Kedua-dua suspek berkenaan tiba dari Jakarta pada 30 September lalu, manakala identiti dan kewarganegaraan mereka tidak didedahkan.

Di bawah undang-undang Thailand, pelancong asing dibenarkan membawa jumlah mata wang tanpa had masuk ke Thailand. 

Bagaimanapun, jumlah melebihi  AS$15,000 (RM61,000) mesti diisytiharkan kepada pihak berkuasa Thailand.  –  AGENSI

 

The post Kastam jumpa wang RM7 juta dalam bagasi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved