Kemampuan Bercakap Lebih Daripada Satu Bahasa Melambatkan Penuaan Otak

TechnologyHealth & Fitness
6 Jul 2026 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ada jenaka yang popular 30 tahun lalu mengatakan otak orang yang banyak berfikir adalah paling murah kerana terlalu kerap digunakan. Ia seakan memberikan idea bahawa seperti kereta, lebih banyak otak digunakan, nilainya akan berkurangan kerana otak “sudah rosak”.

Tetapi hakikat sains adalah 180 darjah berbeza dengan jenaka ini. Sekumpulan penyelidik dari Eropah dan Amerika Selatan menerbitkan kajian mendapati kemampuan berbicara lebih daripada satu bahasa boleh melambatkan proses penuaan otak.

Image from: Kemampuan Bercakap Lebih Daripada Satu Bahasa Melambatkan Penuaan Otak

Kajian dilakukan oleh penyelidik dari Pusat Kognisi, Otak dan Bahasa Basque, San Sebastián, Sepanyol, Institut Kesihatan Otak Amerika Latin di Universidad Adolfo Ibañez, Chile, Pusat Neurosains Kognitif di Universidad de San Andres, Argentina, dan Institut Kesihatan Otak Global di Trinity College Dublin, Ireland.

Otak mereka yang mempunyai kemampuan multi bahasa kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar individu. Kemampuan berbicara dengan 2 bahasa menjadikan otak sehingga 6 tahun lebih mudah. Ini meningkat ke 7 tahun jika mampu bercakap 3 bahasa dan 13 tahun jika mampu bercakap 4 bahasa.

Lebih awal bahasa dipelajari dan berapa tinggi tahap kemahiran akan lebih memperlahankan penuaan otak. Kajian ini dilakukan menggunakan mesin magnetoencephalography (MEG) untuk mengukur aktiviti otak dan membina “jam penuaan otak” menggunakan kecerdasan buatan (AI). Kajian melibatkan dari wilayah Basque, dengan variasi bahasa Sepanyol, Basque, Perancis dan Inggeris.

Keputusan kajian ini akan digunakan untuk melihat kesan kemampuan bercakap pelbagai bahasa pada pesakit neurodegeneratif seperti Alzheimer. Penggunaan bahasa yang kompleks dan berterusan dianggap sebagai proses pembelajaran yang mengaktifkan rangkaian otak dan mengekalkan kesihatan kognitif.

Kertas kajian telah diterbitkan dalam jurnal Nature Aging

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved