Google Tamatkan API Tenor – GIF Tidak Lagi Boleh Diakses Pelbagai Aplikasi

TechnologyDigital
1 Jul 2026 • 8:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pagi ini saya mencari GIF Kylian Mbappe bersorak selepas menjaringkan gol kerana ia kerap kali digunakan untuk meraikan kemenangan Perancis. Tetapi apabila carian dilakukan menerusi X, GIF ini tidak muncul dan pilihan GIF dalam aplikasi ini juga terhad. Ini adalah aneh tetapi misteri kehilangan GIF pagi ini terjawab menerusi pengumuman yang dilakukan oleh Google.

Google Tenor

Google secara rasmi menamatkan sokongan API untuk perkhidmatan Tenor yang digunakan pelbagai aplikasi popular seperti Discord, WhatsApp dan Bluesky hari ini 1 Julai 2026. Sebab yang diberikan ialah ia sebahagian daripada langkah memfokuskan kepada sumber selain menambah-baik produk teras. GIF Tenor kini hanya boleh diakses perkhidmatan milik Google sahaja seperti Messages, dan Gboard.

Pada Januari lalu, Google mengumumkan tidak lagi membenarkan pendaftaran baharu menggunakan API Tenor dilakukan. Maka penamatan akses API perkhidmatan GIF popular ini adalah amat mengecewakan bagi peminat GIF seperti saya. Tenor diambil alih Google pada tahun 2018. Kini di pelbagai aplikasi media sosial hanya GIF daripada Giphy sahaja boleh diakses dengan pilihan terhad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved