
Kota Kinabalu: Masalah tadahan air Sungai Kiapad, Inanam yang semakin kering hingga menjejaskan air graviti yang digunakan kira-kira 100 penduduk mendapat perhatian Setiausaha Politik Ketua Menteri, baru-baru ini.
Datuk Dr Roland Chia Ming Shen menyumbangkan paip poli dan tangki air untuk mengumpul air sebagai persediaan untuk menghadapi kemarau yang berpanjangan sekarang.
Bantuan ini melegakan penduduk yang terjejas di Kampung Kionsom dan Bantayan di sini.
“Penduduk di kampung ini berhadapan dengan masalah kekurangan air kerana sumber air menerusi sistem paip graviti semakin kering,” katanya pada Khamis ketika menyampaikan bantuan itu.

