
Kemas Kini: Enam Kawasan Rekod Cuaca Panas Tahap 2
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan enam kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan cuaca panas pada Tahap 2 (Gelombang Haba).
Dalam kemas kini cuaca itu, kebanyakan lokasi terlibat adalah di seperti Perlis, Kedah dan Perak.
Gelombang Haba Di Utara Semenanjung
"Terdapat 6 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu di Perlis, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling (Kedah) serta Hulu Perak (Perak)," maklum kenyataan itu.
Sementara itu, 12 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga).
"Ia melibatkan daerah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.
"Pulau Pinang pula di Timur Laut dan Utara. Sementara Perak di Kinta, Kuala Kangsar serta Perak Tengah," maklum kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, suhu maksimum harian bagi Tahap Gelombang Haba melebihi 37-40 darjah Celsius manakala Tahap Berjaga-Jaga suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Baca juga:Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.



