[KEMAS KINI] Seorang maut, sembilan cedera dalam letupan gas di sebuah universiti swasta, di Bukit Damansara

12 Jan 2026 • 3:25 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang maut manakala sembilan lagi cedera dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta, di Bukit Damansara hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 11.40 pagi tadi.

Menurut Fadil, mangsa yang maut adalah seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mangsa yang cedera termasuk dua kontraktor lelaki tempatan yang mengalami kecederaan parah, empat pelajar dan seorang juruteknik cedera, manakala dua pekerja kantin warga Indonesia cedera ringan.

Kesemua mereka, ujar Fadil dibawa ke hospital berhampiran termasuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta Hospital Sungai Buloh.

“Kita bernasib baik kerana kawasan itu tidak dipenuhi ramai pelajar ketika kejadian berlaku, dipercayai berikutan masih dalam tempoh cuti.

"Setakat ini, lokasi kejadian sudah disahkan selamat sepenuhnya dan siasatan masih dijalankan,” katanya, lapor Buletin TV3.

Menurut Fadil, sebahagian mangsa mengalami mangsa mengalami kecederaan melecur serta separa melecur akibat serpihan letupan yang kuat sehingga menyebabkan kerosakan pada struktur dinding bangunan.

Beliau berkata, ketika ini pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama unit Hazmat kini sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan keselamatan bagi memastikan tiada risiko letupan susulan.

Seramai 38 anggota bomba terlibat dalam operasi hari ini, termasuk pasukan forensik dan Hazmat. - 12 Januari, 2025

The post [KEMAS KINI] Seorang maut, sembilan cedera dalam letupan gas di sebuah universiti swasta, di Bukit Damansara appeared first on Scoop.