Kemaskini Baharu Edits Membolehkan Gabungan Gambar Dan Video Dalam Satu Siaran

TechnologyDigital
9 Oct 2026 • 3:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemaskini Baharu Edits Membolehkan Gabungan Gambar Dan Video Dalam Satu Siaran

Gabungan gambar dan video menjadikan kandungan lebih seronok untuk ditonton malah sesuai dengan pelbagai gaya. Dengan fungsi Carousels di Edits, pengguna kini boleh meletakkan pelbagai kandungan dalam satu siaran. Ia termasuk gabungan gambar dan klip video yang disusun menjadi siaran berlapis seakan bercerita.

Image from: Kemaskini Baharu Edits Membolehkan Gabungan Gambar Dan Video Dalam Satu Siaran

Carousels akan memberi kebebasan kepada pengguna untuk memilih templat kreatif sama ada grid, paparan penuh atau gabungan gambar dan teks bagi menjadikan siaran lebih menarik. Semua font dan gaya teks khas Edits turut boleh digunakan secara terus untuk memastikan identiti yang konsisten. Pengguna juga boleh mencipta pelekat buatan sendiri dengan memotong bahagian daripada gambar lalu menambahkannya ke dalam siaran untuk pengalaman lebih unik.

Image from: Kemaskini Baharu Edits Membolehkan Gabungan Gambar Dan Video Dalam Satu Siaran

Lebih daripada sekadar gambar atau video, Carousels berfungsi sebagai kanvas baharu untuk idea kreatif. Fungsi ini sudah tersedia di iOS dan akan hadir ke Android tidak lama lagi untuk menjadikannya mudah diakses oleh pengguna. Dengan Carousels, setiap siaran bukan sekadar kandungan semata tetapi pengalaman yang menyeronokkan.

Sumber: Instagram

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved