Demam perlumbaan Formula 1 (F1) bukan sahaja meriah di litar, malah turut mencetuskan pelbagai cerita di luar kawasan perlumbaan apabila kehidupan sosial krew pasukan F1 menjadi perhatian.
Perkara itu mula diperkatakan selepas pencipta kandungan, Luke Bala Bailey, memuat naik video yang menunjukkan beberapa profil krew pasukan F1 di aplikasi Tinder ketika berada di Malaysia.
AdvertisementAntara profil yang didakwa muncul termasuk krew daripada pasukan seperti McLaren, Mercedes AMG, Alpine dan Sauber yang dilihat menggunakan aplikasi berkenaan untuk berkenalan sepanjang berada di sini.
Pendedahan tersebut kemudiannya mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial apabila terdapat dakwaan mengenai sesetengah wanita tempatan yang cuba mendekati krew F1 atas tujuan tertentu.
Menerusi perkongsian pengguna Threads, cass_laplandandf1, didakwa wujud kumpulan sembang dalam kalangan wanita tempatan yang membincangkan ahli pasukan F1 yang sesuai dijadikan sasaran untuk temu janji.
Menurut dakwaan berkenaan, ada antara mereka yang bukan sekadar mahu berkenalan atau bersosial, tetapi turut berharap dapat memperoleh maklumat dalaman serta akses percuma ke kawasan paddock.


Isu itu semakin mendapat perhatian apabila seorang wanita didakwa berkongsi gambar sedang makan malam bersama seorang krew pasukan F1 sebelum hantaran tersebut kemudiannya dipadamkan.
Peminat F1 Persoal Dakwaan Dapat Pas Paddock
Dalam pada itu, beberapa peminat F1 dari luar negara turut memberikan pandangan mengenai dakwaan bahawa hubungan singkat dengan krew pasukan boleh membuka peluang mendapatkan akses ke paddock.
Cass_laplandandf1 yang mendakwa sudah 13 tahun menjalin hubungan dengan seorang ahli pasukan F1 berkata, akses ke paddock bukan sesuatu yang mudah diperoleh.

“Saya sudah 13 tahun berpasangan dengan ahli pasukan F1 dan hanya pernah dapat masuk dua kali sahaja dengan jumlah masa dua jam. Hubungan singkat tidak mungkin dapat membawa sesiapa rapat dengan paddock.”
Sementara itu, seorang lagi pengguna, lishahayes_x, mendakwa fenomena krew F1 menggunakan aplikasi janji temu bukan sesuatu yang hanya berlaku di Malaysia.
Menurutnya, rakan-rakannya pernah menemui situasi sama di lokasi perlumbaan lain termasuk Miami dan Monaco.
Perkongsian tersebut sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai kehidupan sosial krew F1 ketika berada di negara yang menjadi tuan rumah perlumbaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Video Penjaja Rohingya Ditendang Meja Jualan Cetus Perdebatan, Rupanya Ada 'Plot Twist' - "Mereka Cuba Rasuah, Ada Rekod Jenayah Membun*h"
The post Kru Teknikal F1 Dedah Wanita Malaysia Didakwa Sanggup ‘Jual Tubuh’ Demi Pas Percuma Paddock – “Sanggup Buat ‘Group’ Khas” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





