Dua remaja rentung dalam kereta terbakar, dua lagi cedera

18 Nov 2026 • 12:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua remaja rentung dalam kereta terbakar, dua lagi cedera
Anggota bomba menjalankan operasi membabitkan nahas dua kenderaan di Rengit.
Image from: Dua remaja rentung dalam kereta terbakar, dua lagi cedera
Kemalangan membabitkan Proton Wira dan Proton Saga BLM mengorbankan dua lelaki manakala dua lagi cedera.

BATU PAHAT – Dua remaja lelaki berusia 17 dan 22 tahun ditemukan rentung selepas kereta jenis Proton Saga BLM dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Jaya Diri, Rengit, malam Selasa.

Dalam kejadian itu, dua lagi mangsa yang menaiki sebuah Proton Wira, masing-masing lelaki berusia 37 tahun dan wanita warga emas berusia 61 tahun, mengalami kecederaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairul Azmi Ngatman berkata panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 8.01 malam.

**media[3713949]**

Katanya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi dan mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Wira dan Proton Saga BLM.

"Dua mangsa yang menaiki Proton Wira didapati tersepit sebelum berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat.

“Proton Saga BLM tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya kerana turut terbakar 60 peratus.

"Bagaimanapun, berdasarkan keterangan saksi, terdapat dua mangsa yang tersepit dan rentung di dalam Proton Saga BLM," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, anggota bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula.

“Operasi turut dibantu sebuah ambulans yang berada di lokasi bagi memberikan rawatan kepada mangsa cedera.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.49 malam. Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved