Kemaskini sistem operasi iOS 27, watchOS 27, iPadOS 27, visionOS 27, macOS 27 Golden Gate dan tvOS 27 kini sudah boleh dimuat turun pada peranti yang disokong. Menerusi versi 27 sistem operasi ini, kemampuan Siri yang lebih pintar serta memahami konteks boleh digunakan pada semua sistem operasi kecuali tvOS 27.

Antara ciri yang lain yang diperkenalkan ialah sokongan iPhone Handoff menyokong perkongsian satu eSIM pada dua iPhone. Walau bagaimanapun ciri ini hanya disokong di Amerika Syarikat dan Jerman sahaja serta memerlukan sokongan langganan tambahan menerusi syarikat telekomunikasi.
Selain itu tahap ketelusan cahaya Liquid Glass boleh diperibadikan dengan lebih terperinci mengikut keperluan pengguna. Sistem AirDrop juga boleh menghantar fail sehingga 80% lebih pantas.
Apple mengesahkan kesemua peranti yang kini menggunakan iOS 26 akan menerima iOS 27. Sebanyak 30 model iPhone kesemuanya akan menerima ciri-ciri di atas. Senarai lengkap model iPhone ini adalah seperti di bawah.
- iPhone 11
- iPhone 11 Pro
- iPhone 11 Pro Max
- iPhone SE (2nd gen+)
- iPhone 12 mini
- iPhone 12
- iPhone 12 Pro
- iPhone 12 Pro Max
- iPhone 13 mini
- iPhone 13
- iPhone 13 Pro
- iPhone 13 Pro Max
- iPhone 14
- iPhone 14 Plus
- iPhone 14 Pro
- iPhone 14 Pro Max
- iPhone 15
- iPhone 15 Plus
- iPhone 15 Pro
- iPhone 15 Pro Max
- iPhone 16e
- iPhone 16
- iPhone 16 Plus
- iPhone 16 Pro
- iPhone 16 Pro Max
- iPhone 17e
- iPhone 17
- iPhone Air
- iPhone 17 Pro
- iPhone 17 Pro Max




