Kemaskini iPadOS 18 Untuk iPad Pro M4 Ditangguh Kerana Merosakkan Tablet

TechnologyDigital
18 Sep 2024 • 11:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam kemas kini untuk iOS 18, iPadOS 18, macOS 15 Sequoia, watchOS 11, visionOS 2, dan tvOS 18 mula diberikan kepada peranti yang layak menerimanya. Malang sekali kepada pemilik iPad Pro dengan cip M4 kerana kemas kini ke iPadOS 18 menyebabkan tablet tidak lagi boleh digunakan.

image is not available

Di forum Apple dan laman media sosial, pemilik iPad Pro M4 merungut proses kemas kini akan tergendala sehingga menyebabkan tablet tidak boleh dihidupkan lagi. Apple menyedari akan isu ini dan menangguh kemas kini iPadOS 18 untuk siri iPad Pro M4 secara serta merta.

Sekiranya anda adalah antara pemilik iPad Pro M4 yang mengalami masalah ini, anda disarankan untuk mendapatkan khidmat bantu pelanggan terus dengan Apple untuk menyelesaikannya.