
Dua minggu lalu Microsoft menguji “Low Latency Profile (LLP) untuk meningkatkan prestasi Windows 11. Kemas kini KB5089573 (Build 26200.8524) sudah boleh dimuat turun oleh semua pengguna WIndows 11 dengan ia menjadikan komputer terasa lebih responsif dengan meningkatkan frekuensi CPU ke tahap maksimum selama 1–3 saat untuk melancarkan aplikasi dengan lebih pantas. Ciri LLP ini sama seperti yang digunakan pada komputer macOS.

Antara aplikasi yang akan terasa lebih pantas selepas LLP diaktifkan ialah Edge, Outlook, dan menu Start bukan aplikasi umum atau permainan video AAA. Berdasarkan maklum balas awal, pelancaran aplikasi Microsoft boleh menjadi 40% lebih pantas dan menu Start boleh menjadi sehingga 70% lebih responsif.
Sungguhpun begitu, walaupun kemas kini dipasang, ciri mungkin tidak aktif serta-merta. Microsoft menggunakan Controlled Feature Rollout (CFR) dengan ciri hanya diaktifkan sistem ditentukan bersedia untuk menggunakannya.
Ciri LLP adalah sebahagian yang dijanjikan Microsoft untuk menambah baik Windows 11 selepas menerima rungutan pengguna. Antara yang akan diberikan selepas ini ialah Windows Update akan kurang memberikan gangguan dengan hanya satu reboot bulanan untuk kebanyakan pengguna.
Semasa mengaktifkan komputer Windows 11 pula, pengguna akhirnya boleh memilih melangkau sepenuhnya proses kemas kini yang mengambil masa terlalu lama tidak seperti proses tetapan pertama macOS.
Sumber – Windows Latest


