Microsoft Menguji Meningkatkan Kelancaran Windows 11 Dengan Menaikkan Frekuensi CPU

TechnologyDigital
11 May 2026 • 7:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Menguji Meningkatkan Kelancaran Windows 11 Dengan Menaikkan Frekuensi CPU

Microsoft sedang menguji ciri Low Latency Profile (LLP) yang meningkatkan kelancaran Windows dengan menaikkan frekuensi CPU secara seketika. Apabila LLP diaktifkan, proses menggunakan menu Start dan pelancaran aplikasi akan terasa lebih responsif berbanding sedia ada.

Windows 11

Ciri ini hanya akan diaktifkan seketika dan tidak akan mendatangkan impak besar ke atas hayat bateri PC. Ini adalah ciri yang telahpun digunakan Apple pada macOS. Pengguna yang menerima akses awal ciri LLP memberikan maklum balas File Explorer, Outlook, Microsoft Store, dan Paint juga terasa lebih lancar apabila ciri ini diaktifkan.

Isu Windows 11 terasa lambat dan kurang lancar sudah menjadi rungutan pengguna sejak beberapa bulan lalu. Menjadikan Window 11 lebih responsif ialah antara janji awal tahun yang telah diumumkan oleh Microsoft serta memberikan ciri tambahan seperti mengurangkan integrasi Copilot pada ciri tidak diperlukan dan melangkau proses mua turun kemas kini semasa PC kali pertama diaktifkan.