Kemaskini Windows 10 Boleh Diterima Percuma Setahun Jika Data Disandarkan Menggunakan Windows Backup

TechnologyDigital
25 Jun 2025 • 9:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft mengingatkan pengguna Windows 10 sistem operasi usang ini tidak lagi akan menerima kemas kini selepas 14 Oktober 2025. Kemudian mereka mengatakan tampalan sekuriti akan dilanjutkan selama setahun kepada pelanggan yang membayar $30.

Hari ini Microsoft mengatakan sokongan kemas kini selama setahun boleh diterima secara percuma sekiranya data tetapan PC diselarikan ke awanan menggunakan aplikasi Windows Backup dan akaun Microsoft.

image is not available

Aplikasi ini bukan sahaja melakukan sandaran tetapan PC, tetapi juga boleh digunakan untuk melakukan sandaran gambar, dokumen, program dan maklumat log masuk akaun. Aplikasi Windows Backup sudahpun boleh dimuat turun pada komputer Windows 10.

Kepada mereka yang masih bertegas menggunakan Windows 10, sokongan percuma selama setahun ini hanyalah dalam bentuk tampalan sekuriti. Sebarang pepijat dan isu kelak tidak lagi akan diselesaikan oleh Microsoft selepas 14 Oktober. Menurut data pada penghujung 2024, masih terdapat lebih 60% PC di dunia menggunakan Windows 10 walaupun Windows 11 telah dilancarkan pada tahun 2021.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved