Kemaskini Windows Update Dibuka Untuk Semua Aplikasi dan Perisian Pemandu

TechnologyDigital
29 May 2025 • 10:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Windows Update ialah lokasi setempat kemas kini versi sistem operas Windows, tampalan sekuriti dan ciri baharu oleh Microsoft. Hari ini Microsoft mengumumkan Windows Update kini turut dibuka kepada semua aplikasi, perisian pemandu untuk perkakasan dan pelbagai lagi kemas kini yang tidak lagi memerlukan ia dilakukan secara satu persatu.

image is not available

Dengan Windows Update dibuka, dengan hanya satu klik sahaja sistem operasi, aplikasi dan perkakasan Windows 11 dapat dikemaskini serentak. Kelebihan menggunakan Windows Update menurut Microsoft ialah notikasi versi baharu dapat diterima setempat dan pengguna perlu membuka pelancar berbeza untuk aplikasi berbeza. Kesemua log perubahan setiap versi turut dikumpulkan setempat. Memudahkan admin IT di tempat kerja menguruskan kemas kini dengan lebih teratur.

Pembangun aplikasi dan perkakasan kini boleh menyertai ujian awal Windows Update yang telah dibuka bermula hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved