Kematian pelajar Tingkatan Dua: Teman lelaki ibu ditahan susulan siasatan kes gangguan seksual kakak mangsa

25 Aug 2026 • 6:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kematian pelajar Tingkatan Dua: Teman lelaki ibu ditahan susulan siasatan kes gangguan seksual kakak mangsa
Suspek lelaki berusia 51 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut. Gambar kecil: Fadil

KUALA LUMPUR - Soal siasat kes kematian pelajar 14 tahun di sini membongkar perbuatan teman lelaki ibu mangsa yang disyaki melakukan gangguan seksual terhadap kakak mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek lelaki berusia 51 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kes itu disiasat susulan siasatan pihak polis berkaitan kes kematian remaja perempuan berusia 14 tahun itu.

"Mangsa berusia 15 tahun merupakan kakak kepada si mati (mangsa). Kita buka satu kertas siasatan terhadap suspek di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya, suspek kini direman tujuh hari sehingga 31 Ogos untuk siasatan lanjut.

Pada 18 Ogos lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur sebelum laporan mati mengejut (SDR) telah dibuka.

Susulan kematian pelajar sebuah sekolah menengah di Setapak itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung dakwaan elemen buli pada 19 Ogos lalu.

Kes kemudian disiasat di bawah Seksyen 507B Kanun Keseksaan berkaitan dengan kesalahan perbuatan atau komunikasi bersifat mengancam, menghina, atau mencela yang sengaja bertujuan menyebabkan gangguan emosi, ketakutan, atau tekanan kepada seseorang.

Mengulas lanjut, kata Fadil, kira-kira 90 keterangan individu telah diambil pihaknya membabitkan guru, pelajar, keluarga dan lain-lain saksi.

"Siasatan kes ini masih dijalankan dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang mengganggu siasatan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved