Kematian Penyanyi Nidza Afham Kekal Diklasifikasi Sebagai Mati Mengejut

LocalEntertainment
22 Sep 2024 • 2:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang sebelum ini ditemui di Sungai Klang, 14 Ogos lalu, kekal diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihak polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut, lapor Sinar Harian.

“Siasatan diklasifikasi mengikut SDR. Kertas siasatan itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat,” katanya.

image is not available
Nidza afham

Tambah Hussien, kes berkenaan kini hampir selesai dan didapati tiada sebarang unsur jenayah.

Terdahulu, media melaporkan kehilangan Nidza Afham selepas keluar berjoging di sekitar Stadium Klang pada 13 Ogos lepas.

Selepas itu, dompet dan juga telefon pintar milik lelaki tersebut ditemui di Jambatan Sungai Klang.

Jasad Nidza Afham kemudiannya ditemukan berhampiran Jalan Tepi Sungai, Solok Sungai, Taman Telok Pulai Indah, kira-kira jam 7 malam.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.