Kes Kematian Nidza Afham Tiada Unsur Jenayah, Kekal Diklasifikasikan Mati Mengejut (SDR)

LocalEntertainment
22 Sep 2024 • 4:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah sebulan lebih kematian penyanyi, Nidza Afham berlaku, kes tersebut masih kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Kes kematian tiada unsur jenayah

Perkara tersebut ditegaskan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Hussein Omar Khan, di mana beliau berkata tiada sebarang unsur jenayah daripada hasil siasatan pihak berkuasa.

Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah. Siasatan menyeluruh kes itu masih dijalankan mengikut SDR.

image is not available

Kes hampir selesai

Difahamkan, Hussein menjelaskan hal tersebut ketika ditemui oleh pihak media di Marathon Selangor Police Integrity 2024 yang berlangsung di Klang, hari ini.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut memberitahu kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

image is not available

Sekadar info, selepas mayat Nidza ditemui di Sungai Klang pada 14 Ogos lalu, kes kematian arwah sememangnya menjadi perhatian ramai kerana difahamkan, arwah dilaporkan hilang selepas keluar beriadah di Stadium Sultan Suleiman.

image is not available 1 month ago

Tidak Sensitif! Keluarga Kesal Kematian Nidza Afham Jadi Gurauan Segelintir Pihak - “Tak Faham Ada Manusia Rasa Benda Ni Boleh Gurau”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved