Kematian Zara Qairina: Orang Ramai Diminta Bertenang, Tidak Buat Spekulasi - Polis

28 Jul 2025 • 5:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jauteh Dikun - Gambar BERNAMA

KOTA KINABALU - Polis meminta orang ramai agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir, sementara menunggu hasil siasatan lanjut.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.

"PDRM Kontinjen Sabah akan menjalankan siasatan menyeluruh secara telus," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth | (HQE l) di sini pada 12 tengah hari, 17 Julai lepas.

Pelajar itu dibawa ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama itu pada 4 pagi, 16 Julai lepas. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved