Kembali Bekerja Selepas 17 Jam Bersalin, Netizen Tegur Aisyah Hijanah – “Kenapa Perlu Binasa Diri, Rehat Jelah’

13 Jun 2025 • 1:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah kembali menjadi bualan ramai selepas dirinya memuat naik video memaparkan dirinya bekerja semula biarpun baru sehari melahirkan anak keempatnya bersama suami, Aliff Teega.

Baru 17 jam bersalin dah kembali bekerja

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, Aisyah berkongsikan perjalanan sebelum dan selepas melahirkan anak keempatnya itu.

Hal yang mencuri perhatian apabila baru 17 jam melahirkan anak, Aisyah kelihatan sudah berada di pejabat untuk melakukan kerja.

Banyaknya order untuk lip butter Hijanah.S ambung buat live sambil pek order korang. Dua hari selepas bersalin, sambung buat live dekat TikTok ikut jadual.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Berkongsi mengenai bagaimana dirinya mendapat kekuatan untuk bekerja biarpun baru sehari melahirkan anak, Aisyah berkata semuanya terpulang kepada ‘mindset’ seseorang serta dia juga berpantang, cuma campurkan pantang Melayu dan saintifik.

Netizen tegur Aisyah, tak perlu paksa tunjuk diri kuat

Pagi, Aisyah akan berurut, tungku semua. Masuk tengah hari, Aisyah akan masuk pejabat dan banyakkan pergerakan. Aisyah memang latih badan Aisyah untuk kuat dan boleh hadap semua perkara.

Meninjau di ruangan komen hantaran itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pempengaruh itu yang mahu kekal aktif walaupun baru saja selesai proses bersalin.

image is not available

image is not available

image is not available 5 months ago

Ramai Ambil Kesempatan Dalam Kesempitan, Ini Luah Aisyah Hijanah - "Lebih Banyak Tahi Daripada Bunga Orang Bagi"