Kembalikan GST Untuk Kukuhkan Asas Percukaian Negara, Nak Panggil ‘Madani Tax’ Pun Boleh – KJ

LocalBusiness & Finance
9 May 2026 • 2:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Kembalikan GST Untuk Kukuhkan Asas Percukaian Negara, Nak Panggil ‘Madani Tax’ Pun Boleh – KJ

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (9 Mei), Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ mencadangkan kerajaan agar mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sudah dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2018.

Beliau berkata, langkah itu wajar diambil bagi memastikan asas percukaian negara lebih kukuh berbanding sekarang. Menurutnya, asas kewangan negara pada ketika ini adalah tidak mencukupi bagi menghadapi sebarang krisis ekonomi atau kecemasan pada masa hadapan.

Tambahnya, cadangan terbabit pernah dibangkitkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Menteri Kewangan, lebih kurang setahun selepas Ahli Parlimen Tambun tersebut dilantik sebagai pemimpin nombor satu negara.

Saya merayu kepada Perdana Menteri, kalau satu benda yang Datuk Seri Anwar boleh buat ialah kembalikan GST. Tak payah panggil GST, panggil apa pun boleh, panggil ‘X tax’ ke? Fair and Equitable Tax ke? Madani tax pun tak apa. Sebab apa? Pendapatan kita (negara) tidak cukup.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

KJ berkata demikian semasa menjadi ahli panel program Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCK KL).

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Kekalkan Cukai SST, Belum Sedia Laksanakan GST Kerana Pendapatan Rakyat Rendah – Lim Hui Ying

Baca Artikel Berkaitan: Semakan & Peluasan SST Mulai 1 Julai, Ini Yang Patut Korang Sebagai Pengguna Tahu

SST Tak Cukup Jana Pendapatan Negara – Khairy

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, KJ berkata sistem percukaian negara pada masa ini iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak mencukupi bagi menjana hasil untuk negara, terutamanya sewaktu berlakunya krisis tidak dijangka sebelum ini iaitu pandemik Covid-19 dan peperangan serta konflik geopolitik di Asia Barat sekarang.

“Jadi, apa yang saya nak cakap dengan ringkas adalah jangan politikkan urusan ekonomi negara. Disebabkan (GST) BN (Barisan Nasional) buat dulu. Janganlah sebab itu, tak nak buat benda yang betul.

“Malangnya tidak ada keberanian untuk melaksanakan (GST),” kata bekas Ketua Pemuda UMNO tersebut, lapor Astro Awani.

Sekadar info, sistem percukaian GST telah mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 semasa di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak dengan kadar 6% bagi menggantikan sistem SST.

Namun ia dimansuhkan pada 1 September 2018 dan digantikan dengan SST semula.

Baca Artikel Berkaitan: Bermula 1 Jun, GST Turun Kepada 0%

Sekitar Februari tahun lalu, Bank Dunia turut memberi saranan kepada Malaysia agar melaksanakan pembaharuan cukai termasuk memperkenalkan semula GST.

Menerusi Laporan Mengurangkan Ketidaksamaan dan Memperkukuh Mobiliti di Malaysia, Bank Dunia berkata langkah itu penting agar dapat meningkatkan kecekapan sistem percukaian negara serta mengurangkan ketidaksamaan ekonomi dalam kalangan rakyat.

Baca Artikel Berkaitan: Bank Dunia Saran Malaysia Laksanakan Pembaharuan Cukai, Kenalkan Semula GST