Sistem keterjaminan makanan negara perlu terus diperkukuh - Mohamad Sabu

LocalPolitics
24 Apr 2026 • 6:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR -  Sistem keterjaminan makanan negara perlu terus diperkukuh agar petani kekal terbela dan bekalan makanan mencukupi dalam berdepan dengan krisis bekalan global.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook beliau bersempena dengan lawatan ke Vietnam Academy of Fishery Sciences (VAFIS), di Vietnam, hari ini.

Semasa lawatan itu beliau turut berkesempatan melihat sendiri peranan besar VAFIS dalam memajukan sektor perikanan Vietnam yang banyak menekankan aspek penyelidikan dan inovasi, khususnya dalam bidang akuakultur.

"Ini satu perkara yang sangat baik dan Malaysia juga memberi tumpuan serius dalam usaha memperkuat sektor ini.

"Banyak yang kita boleh belajar antara satu sama lain. Saya nampak ada peluang besar untuk Malaysia dan Vietnam tingkatkan kerjasama terutama dalam pembangunan akuakultur, perikanan mampan dan juga perkongsian ilmu serta kepakaran,” katanya.

Beliau berharap lawatan itu akan menjadi permulaan kepada kerjasama yang lebih kukuh antara institusi kedua-dua negara.

Mohamad berkata, hubungan Malaysia dan Vietnam yang sedia baik akan terus diperkasa agar kedua-dua negara boleh menghadapi cabaran krisis bekalan global di samping memastikan bekalan makanan negara terus terjamin.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved