KJ rayu kerajaan kembalikan GST -“Tukarlah nama ‘MADANI Tax’ pun tak mengapa”

LocalPolitics
9 May 2026 • 6:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin merayu kerajaan mengembalikan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan mengetepikan sentimen politik demi kepentingan ekonomi negara dan rakyat.

Tepikan sentimen politik demi ekonomi negara & rakyat

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, beliau menyatakan sistem percukaian sedia ada menerusi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) masih belum mencukupi untuk menampung keperluan hasil negara.

image is not available

Tak kisah letak apa pun nama

Malah, Khairy turut mencadangkan agar nama GST ditukar kepada nama lain sekiranya kerajaan tidak mahu dilihat bercanggah dengan pendirian sebelum ini yang memansuhkan cukai tersebut.

“Sebagai bekas penasihat ekonomi, saya pernah menyatakan bahawa GST tidak sepatutnya dimansuhkan. Saya merayu agar GST dikembalikan semula. Tukarlah namanya, ‘Madani Tax’ pun tidak mengapa.
“Bagi saya, bukan soal siapa kerajaan atau parti pemerintah. Apa yang penting ialah asas hasil negara mesti kukuh. Jika pengurusan ekonomi dipolitikkan, akhirnya rakyat yang akan menanggung kesusahan. GST sebenarnya tidak menekan rakyat kerana sektor seperti pendidikan dikenakan kadar sifar, begitu juga dengan kesihatan,” katanya.

image is not available

Ramai berdepan kesukaran bawah SST

Dalam pada itu, beliau berkata ramai peniaga sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut berdepan kesukaran di bawah sistem SST kerana cukai input tidak boleh dituntut semula.

“Jangan politikkan pengurusan ekonomi negara. Jangan hanya kerana dasar ini diperkenalkan oleh BN, maka ia terus dihapuskan.
“Dalam politik, mungkin keputusan sukar hanya memberi kesan maksimum satu atau dua tahun, tetapi manfaat jangka panjangnya jauh lebih besar. Tolong lakukan sekarang. Malangnya, buat masa ini saya melihat masih belum ada keberanian untuk melaksanakannya.” katanya.

image is not available

Perkara tersebut disampaikan dalam Forum Rundingan Meja Bulat Nasional RIMBUNAN 2.0 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohamad Hafiz Bakri)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved