Kembar siam Muhammad meninggal dunia pagi tadi

LocalHealth & Fitness
29 Aug 2026 • 9:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kembar siam Muhammad meninggal dunia pagi tadi

PETALING JAYA – Kembar siam, Muhammad Rosli, 28, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras pukul 10.45 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh abangnya Ahmad, 28, menerusi hantaran Facebook pagi tadi.

“Assalamualaikum, saya abang kepada Muhammad Rosli ingin memberitahu bahawa kembar saya telah kembali kepada Sang Pencipta Nya pada pukul 10:45 pagi waktu Malaysia.

“Terima kasih yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan beliau & hanya Allah dapat membalas jasa kamu semua,” katanya.

Terdahulu, Ahmad memuat naik hantaran perkembangan kesihatan Allahyarham Muhamad yang dimasukkan ke HCTM susulan menghidap kanser pundi kencing.

Sebelum ini, Allahyarham menjalani rawatan di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi pada Julai 2025 berhubung kanser itu.

Muhammad menjalani lima pembedahan dan lima sesi kemoterapi selama lapan bulan di sana sebelum disahkan pulih serta menjalani rawatan susulan.

Pada 2001, Muhammad dan Ahmad pernah menggemparkan negara apabila menjalani pembedahan pembahagian hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Seterusnya pada September 2002, mereka berjaya dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi. – KOSMO! ONLINE

The post Kembar siam Muhammad meninggal dunia pagi tadi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved