Kembar siam Muhammad Rosli hembus nafas terakhir pagi tadi

LocalHealth & Fitness
29 Aug 2026 • 3:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kembar siam Muhammad Rosli hembus nafas terakhir pagi tadi

PETALING JAYA: Muhammad Rosli, salah seorang kembar siam yang pernah menjalani pembedahan pemisahan di Arab Saudi pada 2002, meninggal dunia pada pukul 10.45 pagi hari ini.

Perkara itu dimaklumkan saudara kembarnya, Ahmad menerusi hantaran di Facebook.

“Assalamualaikum, saya abang kepada Muhammad ingin memberitahu bahawa kembar saya telah kembali kepada Sang Pencipta-Nya pada pukul 10.45 minit pagi waktu Malaysia.

“Terima kasih yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan beliau dan hanya Allah dapat membalas jasa kamu semua,” katanya.

Semalam, Ahmad turut memaklumkan keadaan Muhammad yang ketika itu dilaporkan kurang baik selepas mengalami masalah kesihatan menyebabkan kandungan asid dalam darahnya terlalu tinggi.

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan Muhammad berada dalam keadaan separuh sedar dan memohon orang ramai mendoakan kesihatan kembarnya itu.

Muhammad sebelum ini menjalani rawatan selama lapan bulan di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi pada Julai 2025 selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.

Difahamkan, Muhammad menjalani lima pembedahan dan lima sesi kemoterapi di sana sebelum disahkan pulih serta meneruskan rawatan susulan.

Muhammad dan Ahmad sebelum ini pernah mendapat perhatian negara apabila menjalani pembedahan pembahagian hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2001.

Pada September 2002, kedua-duanya berjaya dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi.

Kisah pasangan kembar berkenaan mendapat perhatian kerana mereka antara pasangan kembar yang berjaya dipisahkan menerusi prosedur pembedahan kompleks selepas menjalani beberapa peringkat rawatan. – UTUSAN

The post Kembar siam Muhammad Rosli hembus nafas terakhir pagi tadi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved