Setelah 10 Tahun Ditunda, Perarakan Kapal Berhias Kembali Meriahkan Kuching Dengan 20 Kapal

24 Jul 2023 • 6:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Acara yang dinanti-nanti warga Sarawak ini bakal diadakan pada 29 Julai ini

Setelah 10 Tahun Ditunda, Perarakan Kapal Berhias Kembali Meriahkan Kuching Dengan 20 Kapal. Kuching Waterfront akan diserikan semula dengan perarakan kapal yang dihias indah pada hari Sabtu (29 Julai) untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Sarawak yang ke-60.

Perarakan kapal berhias yang terakhir telah diadakan pada tahun 2013 untuk merayakan sambutan Hari Malaysia yang ke-50.

image is not available
Setelah 10 Tahun Ditunda, Perarakan Kapal Berhias Kembali Meriahkan Kuching Dengan 20 Kapal

Bakal berlangsung pada pukul 8.15 malam di Waterfront Kuching

Perarakan kali ini, menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Harry Jinep, akan melibatkan 20 kapal berhias yang mewakili pelbagai kementerian, agensi dan syarikat swasta.

Menariknya, perarakan bakal bermula sekitar jam 8.15 malam, dengan pelbagai persembahan menarik seperti jet ski dan perarakan perahu tambang.

Kapal berhias akan mula belayar dari Pengkalan Abok, diiringi muzik latar. Menurut Datuk Henry, dijangka antara 5,000 hingga 10,000 pengunjung akan hadir untuk acara ini.

image is not available

Persembahan oleh artis tempatan Sarawak, Hafiz Suip dan Dayang Nurfaizah

Beliau juga menyebut bahawa selain daripada parad terapung, akan ada persembahan pentas oleh artis tempatan Sarawak, Hafiz Suip dan Dayang Nurfaizah pada malam tersebut.

Menariknya, kapal yang dihias paling menarik akan menerima ganjaran sebanyak RM10,000, manakala pemenang kedua dan ketiga akan menerima RM7,000 dan RM5,000 masing-masing.

Terdapat juga tujuh hadiah saguhati berjumlah RM3,000 setiap satu.

image is not available

Acara kapal berhias ini adalah acara khas dan simbolik yang dapat membantu mempromosikan Sarawak kepada dunia, sekaligus menggalakkan lebih banyak pengunjung untuk melawat negeri ini.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di bawah: