Kementerian Digital : Akta Perkongsian Data 2025 Kini Berkuat-Kuasa – Perkongsian Data Antara Kementerian Dan Agensi Kerajaan

TechnologyDigital
29 Apr 2025 • 10:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Digital kini berkongsi mengatakan Akta Perkongsian Data 2025 telah pun mula berkuat-kuasa di Malaysia. Dengan langkah ini, ia menyediakan sebuah kerangka perundangan dan berstruktur bagi perkongsian data selamat antara kementerian dan agensi kerajaan persekutuan.

Dengan langkah ini, ia mewujudkan satu proses permohonan untuk mendapatkan data oleh agensi persekutuan, serta turut menetapkan bagaimanakah permohonan akan dikendalikan. Seterusnya, Jawatankuasa Perkongsian Data Kebangsaan akan menjalankan penilaian ketat ke atas setiap permohonan, berdasarkan kriteria dalam akta.

Perkongsian data ini juga dikatakan sangat penting dalam pembangunan teknologi, termasuk melibatkan kecerdasan buatan, selain aplikasi untuk pelbagai sektor seperti penjagaan kesihatan, perancangan bandar, dan sebagainya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved