Kementerian Kewangan, KKD Dan DNB Akan Bertemu Untuk Membincangkan Perihal Rangkaian 5G Negara

TechnologyDigital
7 Dec 2022 • 5:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
5G Malaysia

Pada minggu lepas, kami ada melaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengesahkan bahawa syarikat Digital Nasional Berhad dan kontrak kelengkapan rangkaian 5G yang diberi kepada Ericsson bernilai RM11 bilion akan dinilai semula.

Terkini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengatakan bahawa penilaian semula tersebut telahpun bermula, dan Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi Digital dan juga Digital Nasional Berhad akan bertemu untuk berbincang mengenai pelbagai perkara berkaitan dengan pembangunan rangkaian 5G negara.

image is not available

Beberapa minggu selepas pertemuan ini, apabila penilaian tersebut telah menemui solusi yang berpatutan, sebuah taklimat akan dibentangkan kepada Perdana Menteri mengenai hala tuju pembangunan dan penawaran rangkaian 5G untuk para pengguna tempatan.

Ia dijangka bahawa perkara-perkara yang akan dibincangkan sewaktu perjumpaan tiga-hala ini termasuklah dari segi penawaran kontrak kepada Ericsson, penilaian aspek teknikal dan bagaimanakah cara terbaik untuk memastikan bahawa rangkaian ini dapat dimanfaatkan dan dinikmati oleh para penduduk di Malaysia.