Kementerian Pendidikan Malaysia lancar Portal Aduan Buli

19 Aug 2022 • 11:11 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan portal aduan buli pada hari semalam.

Portal ini adalah inisiatif pihak kementerian dalam membanteras aktiviti buli di sekolah. Portal ini membolehkan aduan mengenai kes buli dilaporkan secara terus kepada pihak KPM.

image is not available

Untuk melaporkan kes buli pihak berkaitan boleh mengakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli . Portal ini menyediakan tiga saluran iaitu untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga bagi melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah.

Tiga saluran yang disediakan melalui portal aduan itu adalah melalui talian khas aduan buli (03-88849352), e-mel (adubuli@moe.gov.my) atau aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM.

image is not available

Berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jilin, talian khas tersebut boleh dihubungi 24 jam dan pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi setiap laporan yang dibuat.

Radzi turut menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dalam isu buli dan pihak sekolah juga telah diarahkan untuk tidak menyembunyikan kes buli di tempat mereka.

image is not available

Mengulas lanjut mengenai isu ini, terdapat 122 kes buli yang disabitkan kesalahan di seluruh negara telah direkodkan, antara bulan Januari dan Julai tahun ini.