Kementerian Pertahanan digesa semak prosedur penggunaan aset TUDM

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 11:14 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kementerian Pertahanan digesa semak prosedur penggunaan aset TUDM

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan digesa menyemak semula prosedur penggunaan aset, pemeriksaan bagasi dan kargo serta sistem pemantauan dalaman mereka susulan dakwaan penyalahgunaan kemudahan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi kegiatan penyeludupan dadah.

Timbalan Pengarah Komunikasi PKR, Jonathan Vela berkata, langkah itu penting bagi memastikan kawalan terhadap penggunaan aset pertahanan negara dapat diperkukuh.

Katanya, sekiranya semakan mendapati terdapat kelemahan, kementerian perlu menetapkan tempoh pembetulan dan memastikan pelaksanaannya melalui pemeriksaan susulan.

“Saya menggesa Kementerian Pertahanan menyemak pelaksanaan prosedur kelulusan penggunaan aset, pemeriksaan bagasi dan kargo, serta pemantauan dalaman.

“Sekiranya semakan mengenal pasti kelemahan, kementerian perlu menetapkan tempoh pembetulan dan mengesahkan pelaksanaannya melalui pemeriksaan susulan,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Jonathan berkata, pihaknya menyokong siasatan menyeluruh terhadap dakwaan penyalahgunaan kemudahan TUDM di Pangkalan Udara Subang.

Katanya, tindakan tegas mengikut undang-undang perlu diambil terhadap mana-mana individu yang terbukti terlibat tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Beliau turut menghargai tindakan petugas TUDM yang mengesan barangan mencurigakan ketika pemeriksaan rutin serta tindakan susulan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kerjasama penuh antara TUDM dan PDRM penting untuk memastikan siasatan dapat menentukan sejauh mana kemudahan itu disyaki disalahgunakan serta peranan setiap individu yang disiasat,” katanya.

Menurutnya, ketegasan kerajaan dalam menangani dakwaan itu perlu disusuli langkah pencegahan bagi memastikan integriti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus terpelihara.

Katanya, siasatan telus, tindakan tegas terhadap salah laku yang terbukti serta kawalan lebih rapi terhadap penggunaan aset pertahanan penting bagi memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap ATM. – UTUSAN

The post Kementerian Pertahanan digesa semak prosedur penggunaan aset TUDM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved