Kementerian Pertahanan Dijangka Terima LCS 1 Pada April 2027 – Khaled Nordin

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 11:04 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kementerian Pertahanan Dijangka Terima LCS 1 Pada April 2027 – Khaled Nordin

Kementerian Pertahanan dijangka menerima kapal tempur pesisir (LCS) pertama pada April 2027, berdasarkan tarikh baharu penyerahan yang ditetapkan oleh Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS).\

Terima LCS 1 pada April 2027

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau yakin kapal berkenaan dapat diserahkan pada tarikh itu tanpa sebarang kelewatan lanjut demi memastikan kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pertahanan negara.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian di akaun Threads beliau selepas menghadiri persidangan Dewan Rakyat bagi menggulung perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 berhubung pengurusan projek LCS.

Menurutnya, kemajuan pembinaan LCS pertama (LCS 1) meningkat kepada 86.39 peratus setakat Ogos 2026, manakala kemajuan keseluruhan projek mencapai 80.13 peratus.

Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pertahanan selaku pelanggan projek amat dukacita dan kecewa dengan kelewatan serta prestasi pembinaan LCS oleh LUNAS.

Katanya, kelewatan itu memberi kesan kepada kesiagaan ATM dan pertahanan negara.

Baca juga:

Beliau berkata, walaupun LCS 1 akan diterima tanpa peluru berpandu antikapal Naval Strike Missile (NSM), kapal berkenaan tetap akan dilengkapi dengan sistem persenjataan lain, manakala alternatif kepada NSM sedang dipertimbangkan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan notis makluman ganti rugi kelewatan yang ditetapkan (LAD) kepada LUNAS.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa dengan komitmen Kementerian Pertahanan serta Kementerian Kewangan selaku kementerian yang bertanggungjawab terhadap LUNAS, penyerahan LCS 1 dapat dilaksanakan pada April 2027 tanpa kelewatan lagi.

Katanya, perkara itu penting bagi memastikan kesiagaan ATM dan pertahanan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved