Kempen PRN Melaka terkawal, tiada ancaman keselamatan serius - Saifuddin

LocalPolitics
9 Nov 2026 • 8:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kempen PRN Melaka terkawal, tiada ancaman keselamatan serius - Saifuddin

MELAKA, 9 NOV: Situasi dan perjalanan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang memasuki hari ke-10 hari ini adalah terkawal tanpa sebarang isu atau ancaman keselamatan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menerima beberapa laporan berkaitan perbuatan khianat bahan kempen di beberapa kawasan.

“Saya juga bagi jaminan kepada pengundi di negeri Melaka untuk beberapa hari berbaki ini, kempen akan terus berjalan tanpa mereka perlu rasa gundah-gulana, bimbang, takut tentang ancaman keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus dan Dialog Nelayan Bersama Menteri Dalam Negeri di Pangkalan Nelayan Lereh Tanjung Kling di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perjalanan kempen PRN Melaka ke-16, yang bermula sejurus selepas proses penamaan calon pada 31 Okt lepas.

Mengulas lanjut, beliau berharap perkembangan positif itu akan menjadi dorongan kepada pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada esok, manakala 14 Nov sebagai hari pengundian.

Bagi mendapatkan berita terkini PRN Melaka ke- 16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved