Kempen RamRaya 2026 tawar lebih 2,500 barangan SAR

LocalSales & Promo
13 Mar 2026 • 9:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Majlis pelancaran Kempen RamRaya 2026 Lotus’s yang berlangsung di Lotus’s Ampang pada Khamis menampilkan pelbagai inisiatif promosi dan aktiviti kebajikan sempena Ramadan dan Aidilfitri.
image is not available
Suasana sekitar Majlis Pelancaran Kempen RamRaya 2026 Lotus’s yang menghimpunkan rakan pembekal, wakil komuniti dan pengunjung.
image is not available
AZLIZA AZMEL

AMPANG - Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) melancarkan kempen Ramadan Raya (RamRaya) 2026 bertemakan Senyuman Ekstra Bernilai menerusi aktiviti interaktif Shop for Good Challenge yang menggabungkan promosi perayaan dan inisiatif kebajikan komuniti.

Pengarah Eksekutif Khidmat Korporatnya, Azliza Azmel berkata, lebih 1,400 kilogram (kg) barangan telah dikumpulkan sepanjang acara dan akan diubah menjadi makanan berkhasiat untuk keluarga memerlukan sepanjang Ramadan di bawah inisiatif #KitakanJiran oleh Lotus’s.

“Kami memahami bahawa perbelanjaan isi rumah kian meningkat dan ada dalam kalangan masyarakat berdepan tekanan kewangan. Lotus's Malaysia komited menawarkan nilai terbaik kepada pelanggan melalui harga berpatutan serta pelbagai promosi istimewa.

“Sepanjang kempen ini, kami menyediakan promosi melibatkan 4,500 unit penyimpanan stok (SKU) termasuk lebih 2,500 barangan di bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SAR). Diskaun ditawarkan pula mencecah sehingga 50 peratus bagi barangan terpilih,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen RamRaya 2026 Lotus’s di Lotus’s Ampang.

Dengan kerjasama Food Aid Foundation, majlis pelancaran menyatukan wakil media dan rakan kongsi jenama termasuk Nestlé, Mondelez International, F&N dan rakan minuman rasmi Coca-Cola untuk mengumpul barangan keperluan asas seperti beras, bihun, biskut, minyak masak, minuman panas, mi segera, sos dan makanan dalam tin.

**media[3461361]**

Kempen bertemakan ‘Serikan Lagi Ramadan, Ceriakan Lagi Raya’ tersebut berlangsung dari 26 Februari hingga 8 April 2026 di seluruh negara.

Antara tawaran disediakan adalah promosi beli 1 percuma 1 bagi makanan laut terpilih, kambing dan daging lembu perap.

Lotus’s turut menawarkan 23 jenis kurma termasuk Dabbas, Khenaize, Rabbie, Safawi, Rotab, Fard, Medjool, Ajwa, Mariami, Deglet Nour dan Lulu yang diperoleh dari Emiriah Arab Bersatu, Palestin, Iran, Arab Saudi serta Tunisia dengan harga bermula RM5.99 hingga RM77.99.

Selain penjimatan perayaan, ahli My Lotus’s yang berbelanja minimum RM128 berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai lebih RM650,000 termasuk hadiah utama sebuah Proton e.MAS 5 dan pakej percutian eksklusif ke Dubai untuk dua orang.

Pengguna MyDebit atau DuitNow QR pula berpeluang memenangi jongkong emas 999.9 seberat 10 gram.

Peluang menang hadiah menarik

Bagi memperluaskan kempen ke seluruh negara, Lotus’s akan menganjurkan Raya World Indoor Bazaar di 31 cawangan terpilih yang menampilkan aktiviti dalam stor, sesi pensampelan produk dan permainan interaktif.

Antara aktiviti tambahan termasuk kehadiran DJ Era FM di cawangan terpilih, penganjuran My Lotus’s Roadshow di 15 lokasi seluruh negara dengan perbelanjaan minimum RM128 serta barangan percuma perayaan bagi pelanggan yang berbelanja minimum RM300.

**media[3461360]**

Kolaborasi eksklusif bersama KYO turut diadakan di tujuh cawangan terpilih dengan peluang memenangi hadiah termasuk iPhone 17 Pro Max dan hadiah tunai bagi pelanggan yang berbelanja minimum RM100 sepanjang tempoh roadshow.

Tambah Azliza, perancangan bekalan musim perayaan telah dibuat lebih awal bagi memastikan stok mencukupi di semua cawangan termasuk kawasan dengan permintaan tinggi.

“Ia dibuat sejak enam bulan lalu dengan unjuran permintaan lebih awal serta tempahan stok tambahan daripada pembekal bagi memastikan bekalan mencukupi di semua 70 cawangan.

“Pasukan operasi di peringkat ibu pejabat dan cawangan turut memantau paras stok dan harga setiap hari sekali gus memastikan bekalan mencukupi sepanjang tempoh kempen,” katanya.

Beri manfaat kepada golongan memerlukan

Sementara itu, Pengarah Komersial Lotus’s Malaysia, Lee May Li berkata, peruncit tersebut bukan sahaja menawarkan harga kompetitif malah menganjurkan pelbagai aktiviti di dalam premis dengan kerjasama rakan pembekal bagi memeriahkan sambutan Ramadan.

“Kami bukan sahaja memberi tumpuan kepada penetapan harga yang berdaya saing malah turut melabur bersama para pembekal untuk memastikan penjimatan tersebut dapat dinikmati oleh pelanggan.

“Kami turut menyediakan pelbagai rangkaian produk khas sempena Ramadan termasuk keperluan bersahur, berbuka puasa, bahan membuat kuih serta keperluan sektor hospitaliti dan katering di samping menawarkan rangkaian produk perayaan bagi memastikan sambutan lebih lengkap,” katanya.

Bagi Ketua Operasi Food Aid Foundation, Muhammad Izzul Izham Muhammad Nordin berkata, program itu memberi manfaat kepada golongan memerlukan di sekitar Lembah Klang dengan lima rumah kebajikan menerima agihan sumbangan melalui inisiatif berkenaan.

“Kami telah bekerjasama dengan pihak Lotus’s hampir 10 tahun sejak 2016 termasuk usaha pengumpulan produk makanan secara harian. Sebagai sebuah bank makanan, kami bergantung kepada sumbangan syarikat korporat dan rakan kerjasama untuk memastikan bantuan dapat disalurkan kepada komuniti sasaran.

“Kami berharap inisiatif ini dapat diteruskan dalam jangka masa panjang dan memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat selain menggalakkan lebih banyak syarikat, pasar raya serta jenama lain tampil memberikan sokongan supaya usaha membantu komuniti dapat diperluaskan,” katanya.