Kempori Sandakan himpun 355 pengakap, Pusat Pembelajaran Komuniti Indo

28 Jun 2025 • 9:40 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seramai 355 ahli pengakap, termasuk 114 pemimpin pengakap dari 17 sekolah sekitar daerah ini, menyertai Kempori Pengakap Daerah Sandakan di Pusat Latihan Pengakap, Gilwell Scouts Nature Park, di sini, baru-baru ini.

Beberapa ahli pengakap dari Kinabatangan dan Tungku, Lahad Datu turut serta dalam perkhemahan yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sandakan.

Kehadiran ahli Pramuka Indonesia dari enam Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) di sini menambahkan lagi keunikan kempori kali ini. Sepanjang kempori itu, pasukan Pengakap Kelana Sandakan turut mengajar pelbagai kemahiran pengakap seperti mencipta penapis air, membakar roti lilit, balutan anduh, memasang pondok sementara, membuat unggun api, menggunakan kompas dan memanah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Salah seorang peserta dari SJKC Chi Hwa, Aldrich Lam Zhen Jet, berkata perkhemahan kali ini memberi ilmu baharu selain mendapat kenalan baharu.

Pertandingan malam kebudayaan turut diadakan dengan pelbagai tarian tradisional oleh peserta dengan busana tradisional masing-masing.

Tarian rampaian Indonesia yang dipersembahkan oleh CLC Prolific dinobat sebagai juara kategori sekolah menengah, sementara SJKC Chi Hwa pula menjuarai kategori sekolah rendah dengan persembahan tarian kipas.

Pengisian hari ketiga kempori membawa tema Kesejahteraan Hidupan Liar, dengan pameran Jabatan Hidupan Liar Sabah, pameran Wildlife Junior Rangers dan ceramah konflik antara manusia dan hidupan liar. Pertandingan melukis poster hidupan liar menyaksikan Nur Aniesyah Danieyah Herman dari SM St Michael Sandakan memenangi acara itu.

“Pemilihan tema ini sangat tepat dengan keadaan semasa yang menunjukkan peningkatan konflik antara manusia dengan hidupan liar,” jelas Komandan Kempori, Mohd Razali Kamlon.

Kempori selama tiga hari itu berakhir dengan majlis penutupan yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Kawasan Zon 1 Sandakan, Ts Mohd Sofiee Basrih.

Hadir sama, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sandakan,Skipper Hanafie Hamadon, Koordinator Penghubung CLC Wilayah Sandakan, Bapak Mi’raj dan Pesuruhjaya Daerah Karamunting, Skipper Shanti Periki.