Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memuji kemudahan pejalan kaki di sekitar ibu negara terutamanya di sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berada dalam keadaan baik sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur.
Tengku Zafrul berkata keadaan tersebut telah memudahkan pergerakan delegasi terlibat sepanjang sidang berprestij itu untuk bergerak ke lokasi acara.
Kemudahan pejalan kaki

“Sempena Sidang Kemuncak ASEAN, Kuala Lumpur kini rancak dengan pelbagai acara. Kemudahan untuk pejalan kaki, khususnya di sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), berada dalam keadaan baik dan memudahkan pergerakan antara lokasi acara.
“Semoga Kuala Lumpur terus menjadi bandar yang lebih mesra pejalan kaki!” katanya dalam satu hantaran di Instagram, hari ini.
Kemudahan pejalan kaki

Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menghimpunkan pemimpin serta delegasi dari negara-negara Asia Tenggara bagi membincangkan isu serantau, kerjasama ekonomi dan pembangunan mampan di rantau ini.
Kenyataan Tengku Zafrul itu turut mendapat perhatian warganet yang menyambut baik usaha kerajaan memperkukuh kemudahan infrastruktur bandar, khususnya bagi menjadikan Kuala Lumpur lebih mesra pejalan kaki dan selesa kepada pengunjung tempatan serta antarabangsa.

Dengan pelbagai acara bertaraf antarabangsa yang sedang berlangsung, Kuala Lumpur sekali lagi membuktikan keupayaannya sebagai tuan rumah yang bersedia menerima kedatangan tetamu dari seluruh dunia dalam suasana selamat, teratur dan moden.
Sumber: Instagram @Tengku Zafrul


